21:32
AKTA DADAH BERBAHAYA 1952
Akta Dadah Berbahaya telah diperkenalkan di Malaysia sejak 1952 . Kemudian dipinda pada 1985 dengan nama Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 .
Dasar Dadah Negara telah diisytiharkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah. Tujuannya bagi mewujudkan negara Malaysia yang bebas dari ancaman gejala dadah menjelang tahun 2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional.
1. Seksyen 39 B dan Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah digunakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan tersebut di mana ia membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit melakukan kesalahan tersebut.
2. Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dinyatakan bahawa: 39B. Pengedaran dadah berbahaya.

(1) Tiada seorang pun boleh, bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-mana orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu berada di Malaysia (a) mengedarkan dadah berbahaya; atau (b) menawar untuk mengedarkan dadah berbahaya; atau (c) melakukan atau menawar atau melakukan sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi maksud pengedaran dadah berbahaya. (2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan jika disabitkan hendaklah dijatuhi hukuman mati.
0 comments