Akta Dadah Berbahayatelah diperkenalkan di Malaysia sejak 1952 . Kemudian dipinda pada 1985 dengan nama Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 .
Dasar Dadah Negara telah diisytiharkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah. Tujuannya bagi mewujudkan negara Malaysia yang bebas dari ancaman gejala dadah menjelang tahun 2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional. 1. Seksyen 39 B dan Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah digunakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan tersebut di mana ia membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit melakukan kesalahan tersebut. 2. Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dinyatakan bahawa: 39B. Pengedaran dadah berbahaya.
(1) Tiada seorang pun boleh, bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-mana orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu berada di Malaysia (a) mengedarkan dadah berbahaya; atau (b) menawar untuk mengedarkan dadah berbahaya; atau (c) melakukan atau menawar atau melakukan sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi maksud pengedaran dadah berbahaya. (2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan jika disabitkan hendaklah dijatuhi hukuman mati.
Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Dadah_Berbahaya
Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan "mood". Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski.
AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai Aquired Immuno Deficiency Syndrome.
HIV ialah singkatan daripada perkataan Human Immunodeficiency Virus.
Virus HIV berkembang baik dan merosakkan sel-sel darah putih yang berfungsi melawan serangan penyakit. Ianya menyebabkan kemusnahan sistem daya tahan tubuh badan melawan penyakit. HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV boleh menyebabkan tubuh badan lemah dan tidak berupaya untuk melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS.
Sistem daya tahan badan ialah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.
AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak beruaya melawan penyakit.
Inhalan (Inhalansia) adalah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap yang boleh dijumpai dalam lebih 1000 produk rumah seperti aerosol, pelekat, deodoran, penyembur rambut, minyak wangi, penyegar udara, gasolin, cecair pemetik api dan cat.
Inhalan boleh dihidu secara terus daripada bekas terbuka, atau menggunakan kain yang direndam ke dalam bahan kimia tersebut dan meletakkannya berhampiran muka. Selain itu, bekas terbuka atau kain lembab itu boleh diletakkan dalam beg plastik dan sebelum dihidu.
Inhalan dikatakan boleh menyebabkan kematian sel otak. Disebabkan sel otak yang baru tidak lagi terbentuk selepas kelahiran, ini bererti penagih inhalan yang tegar akan berhadapan dengan risiko kecacatan akal. Kadangkala inhalan ini turut digunakan oleh penagih dadah yang tiada duit.
Apa itu rokok? Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder samada daripada kertas mahupun daripada berbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm berbeda mengikut negara. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan. Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya pendengaran dan penglihatan kerana mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning.
Rokok boleh membahayakankesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang bolehmengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara berulang kali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan barah.Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthmadan bronkitis ( jangkitan pada paru-paru).
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepadakesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.