06:29
ROKOK
Apa itu rokok? Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder samada daripada kertas mahupun daripada berbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm berbeda mengikut negara. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan. Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya pendengaran dan penglihatan kerana mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning.
Rokok boleh membahayakankesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang bolehmengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara berulang kali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan barah.Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthmadan bronkitis ( jangkitan pada paru-paru).
0 comments